kesan radioaktif dan langkah pencegahan

 Reputan radioaktif atau radioaktiviti ialah proses yang melibatkan kehilangan tenaga nukleus atom yang tidak stabil melalui pancaran radiasi. Pancaran ini berlaku secara rawak tanpa melibatkan pelanggaran dengan zarah-zarah lain. Kehilangan tenaga terjadi pada suatu atom yang dinamakan nuklid induk lalu menghasilkan atom jenis lain yang dinamakan nuklid anak. Sebagai contoh, satu atom karbon-14 memancarkan radiasi lalu bertukar menjadi satu atom nitrogen-14. Selain itu, penghasilan atom atau molekul bertenaga yang mencukupi mampu mengubah sistem sel di dalam badan manusia. Tahap gangguan terhadap sistem sel di dalam badan manusia pula bergantung kepada had dedahan terhadap sinaran tersebut yang boleh menyebabkan kerosakan DNA di dalam sel dan kesan mutasi terhadap generasi masa hadapan sekiranya had dedahan yang diterima berlebihan. Jadi, seperti yang kita ketahui sinaran radioaktif ini mampu memberi kesan kepada manusia dan apakah langkah pencegahan yang perlu dipatuhi?

 

Kesan radioaktif lebihan kepada sel boleh menyebabkan perubahan maklumat yang terkandung di dalam mutasi atau hilangnya viabiliti. Sebahagian besar kerosakan di dalam DNA boleh dibaiki oleh sistem dalaman sel. Sebagai contoh, sel-sel pembiakan dan rangkaian embrio dimana individu mengalami kecacatan pada fizikal. Izharnya, radioaktif ini mampu memberi kesan yang mampu mengubah maklumat di dalam mutasi. Langkah pencegahan hendaklah dipatuhi bagi menggelakkan hal ini daripada berlaku.

 

Selain itu, kerosakan radiasi terhadap tisu dan organ bergantung kepada dos radiasi yang diterima atau diserap. Kerosakan daripada dos yang diserap bergantung kepada jenis radiasi dan sensitiviti tisu dan organ yang berbeza. Sinaran ini mampu menjejaskan fungsi tisu dan organ yang boleh memberi kesan. Misalnya, kemerahan pada kulit dan keguguran rambut pada individu. Kesan ini lebih teruk daripada dos yang lebih tinggi. Natijahnya, kerosakan tisu dan organ ini berpunca daripada radiasi yang dipancarkan.

 

Bagi mengelakkan diri daripada menerima kesan radiasi ini, individu hendaklah jauhkan jarak daripada sumber sinaran. Dengan kaedah ini, individu akan terelak daripada sinaran yang dipancarkan. Semakin jauh diri daripada sumber sinaran, semakin sedikit kekuatan sinaran yang dipancarkan. Jadi, individu hendaklah bijak mengehadkan jarak daripada sinaran radiasi yang dipancarkan.

 

Di samping itu, masyarakat haruslah menyimpan bahan radioaktif di dalam bekas yang terpencil dan kedap udara daripada persekitaran. Pengendalian khas adalah perlu bagi mengelakkan bahan tersebut dihidu atau disentuh oleh orang awam. Bilik untuk menyimpan bahan tersebut juga perlu mempunyai tekanan udara rendah supaya sekiranya berlaku kebocoran di dalam bilik, perebakan bahan tidak akan berlaku di luar bilik.

 

Seterusnya, sekiranya berlaku pencemaran radiasi dari dalam negara atau negara jiran, individu hendaklah sentiasa peka terhadap arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke semasa. Individu juga perlu elakkan daripada berada di kawasan yang lapang dan jauhkan diri daripada kawasan yang tercemar. Pencemaran radiasi ini amatlah bahaya dan sukar dikawal. Kerjasama diri dan pihak berkuasa hendaklah seperti aur dengan tebing supaya situasi tidak bertukar menjadi lebih keruh.

 

Kesimpulannya, radioaktif bukanlah yang perlu diambil lewah. Masyarakat hendaklah peka akan perkara ini bagi menjamin keselamatan diri. Kelalaian masyarakat boleh menyebabkan perkara ini menjadi lebih parah. Jadi, masyarakat perlulah bekerjasama bagi mengelakkan perkara ini berlaku. 

Comments